Saya mulakan penulisan nazam ini dengan Nama ALLAH SWT, Yang Maha Pemurah dan Yang Maha Pengasih yang selalu menganugerahkan kebajikan. Segala puji bagi ALLAH SWT Yang Qadim, Yang Awal (tanpa permulaan), Yang Akhir (tanpa penghujung), Yang Kekal Abadi tanpa perubahan. Seterusnya, semoga rahmat dan kesejahteraan ALLAH SWT sentiasa terlimpah ke atas Nabi sebaik-baik insan yang mengesakan ALLAH SWT. Dan juga keluarganya, para sahabatnya dan orang yang mengikuti jalan agama yang hak tanpa ditambah-tambah.
Selanjutnya, ketahuilah dengan yakin bahwa ALLAH SWT itu mempunyai 20 sifat yang wajib. Yaitu ALLAH SWT itu :
- Maujud (ada)
- Qadim (telah ada sebelum adanya segala sesuatu)
- Baqi (kekal abadi tanpa akhir)
- Mukhaluful Lil Khalq (bertentangan dengan makhluk) secara mutlak
- Qaim (berdiri dengan sendiri tidak memerlukan bantuan sesiapa) Yang Maha Kaya
- Wahidun (Yang Maha Esa)
- Hayyun (Yang Maha Hidup tidak akan mati)
- Qadirun (Yang Maha Berkuasa)
- Muridun (Yang Maha Berkehendak)
- Alimun (Yang Maha Mengetahui) segala sesuatu
- Sami’ (Yang Maha Mendengar)
- Bashiir (Yang Maha Melihat)
- Mutakallim (Maha Berbicara)
- Qudrah (Berkuasa)
- Iradah (Berkehendak)
- Sama’ (Mendengar)
- Bashor (Melihat)
- Hayat (Hidup)
- Al-‘Ilmu (Berpengetahuan)
- Kalam (Bercakap) secara terus menerus
Dengan kurniaan dan keadilanNya, ALLAH SWT memiliki Sifat Wajib / Harus, yaitu Dia harus melakukan segala sesuatu atau meninggalkannya. ALLAH SWT telah mengutus para nabi yang memiliki 4 sifat yang wajib, Yaitu :
- Fatonah (cerdik)
- Siddiq (jujur)
- Tabligh (menyampaikan)
- Amanah (dipercayai)
Sifat yang harus bagi mereka ialah kebiasaan yang berlaku kepada manusia biasa tanpa mengurangi kedudukannya sebagai nabi seperti mengalami sakit yang ringan.
Sifat maksum mereka (mendapat perlindungan ALLAH SWT daripada melakukan dosa) seperti juga para Malaikat, adalah wajib. Bahkan, para Nabi lebih utama daripada para Malaikat.
Dan Sifat Mustahil, adalah lawan semua sifat yang wajib. Maka wajiblah kamu menghafal 20 sifat ini.
Wajib bagi mukallaf meyakini dan berusaha mengetahui 25 nama Rasul yang disebut di dalam Al-Qur’an secara terperinci.
Mereka ialah (1) Adam , (2) Idris , (3) Nuh , (4) Hud beserta, (5) Soleh dan, (6) Ibrahim yang masing-masing wajib diikuti.
Seterusnya, (7) Luth , (8) Isma’il dan, (9) Ishaq . Begitu juga (10) Ya’qub , (11) Yusuf dan, (12) Ayyub yang mengikut jejak langkah para nabi sebelumnya. (13) Syu’aib , (14) Harun , (15) Musa , (16) Alyasa’ , (17) Zulkifli , (18) Daud , (19) Sulaiman yang selanjutnya.
(20) Ilyas , (21) Yunus , (22) Zakaria , (23) Yahya , (24) ‘Isa dan, (25) Thoha (Muhammad)sebagai nabi penutup dan tinggalkanlah kecenderungan kepada kesesatan.
Semoga rahmat dan kesejahteraan daripada Allah terlimpah ke atas mereka dan keluarga mereka sepanjang masa.
Ketahuilah, bahawa Malaikat itu tidak mempunyai ayah dan ibu, tidak makan, tidak minum dan tidak juga tidur.
Perincian bilangan mereka adalah 10, iaitu (1) Jibril, (2) Mikail, (3) Israfil, (4) Izrail . (5) Munkar dan, (6) Nakir, (7) Raqib dan jua, (8) ‘Atid , (9) Malik dan seterusnya, (10) Ridhwan.
Terdapat 4 buah Kitab Suci yang diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Secara terperincinya ialah Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa.
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud , Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa dan Al-Furqan (Al-Qur’an) diturunkan kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad ).
Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi Ibrahim ) dan Al-Kalim (Nabi Musa ). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Segala yang dibawa oleh Rasulullah , maka wajiblah ke atas mukallaf tunduk, patuh dan menerimanya, Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari Akhirat (Hari Kiamat) dan semua kejadian yang mengajaibkan.
Inilah ialah penutup yang akan disebut mengenai perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh mukallaf, yaitu Nabi kita Muhammad SAW yang telah diutuskan kepada seluruh alam sebagai rahmat dan kurniaan Allah.
Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu Manaf yang berhubungan nasab.
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud, Injil diturunkan kepada Nabi ‘Isa dan Al-Furqan (Al-Qur’an) diturunkan kepada sebaik-baik manusia (Nabi Muhammad).
Dan Suhuf (lembaran-lembaran suci) diturunkan kepada Al-Khalil (Nabi Ibrahim ) dan Al-Kalim (Nabi Musa ). Di dalamnya, terdapat fiirman-firman yang penuh hikmah kepunyaan Tuhan Yang Maha Mengetahui.
Segala yang dibawa oleh Rasulullah, maka wajiblah ke atas mukallaf tunduk, patuh dan menerimanya.
Wajib bagi kita mengimani kedatangan Hari Akhirat (Hari Kiamat) dan semua kejadian yang mengajaibkan.
Inilah ialah penutup yang akan disebut mengenai perkara yang wajib dipercayai dan diimani oleh mukallaf.
Yaitu, Nabi kita Muhammad yang telah diutuskan kepada seluruh alam sebagai rahmat dan kurniaan Allah.
Ayahandanya ialah ‘Abdullah ibn ‘Abdul Muththolib ibn Hasyim ibn ‘Abdu Manaf yang berhubungan nasab.
Manakala bundanya ialah Aminah dari suku Zuhrah. Baginda disusui oleh Halimah dari suku Sa’ad.
Tempat kelahirannya ialah di Makkah yang aman, dan Baginda SAW wafat di Toibah Madinah Al-Munawwarah.
Baginda mendapat wahyu ketika genap berusia 40 tahun. Baginda SAW wafat ketika usianya lebih dari 60 tahun (yang masyhur pada usia 63 tahun).
Perlu kita fahami, bahawa putera dan puteri Baginda seramai 7 orang; 3 orang dari pada mereka ialah lelaki.
Yaitu (1) Qasim, (2) Abdullah yang digelar dengan Toyyib (artinya baik) dan Tohir (artinya suci).
Berikutnya, (3) Ibrahim yang lahir dari hamba perempuan, maka bundanya ialah Mariyah Al-Qibtiyyah (Mariyah dari bangsa qibti di Mesir).
Selain Ibrahim, kesemuanya lahir dari Khadijah, mereka seramai 6 orang, maka kenalilah mereka dengan perasaan kasih yang berpanjangan.
Disebutkan, 4 dari padanya ialah perempuan. Semoga mereka semua mendapat keredhaan Tuhanku.
(4) Fatimah Az-Zahra’ suaminya ialah Imam ‘Ali dan kedua puteranya (Hasan dan Husain ) merupakan cucu Rasulullah yang keutamaan mereka sudah cukup jelas.
Kemudian (5) Zainab, selepasnya (6) Ruqayyah dan (7) Ummu Kaltsum, wanita yang suci lagi sentiasa penuh redha.
Hendaklah kita mengetahui, bahawa isteri Al-Mustofa (Nabi pilihan) sesudah kewafatannya seramai 9 orang, iaitu wanita-wanita yang diberi pilihan untuk memilih antara perhiasan dunia.
Dan syurga, maka mereka memilih Al-Muqtafa j (Nabi yang diikuti). (1) ‘Aisyah, (2) Hafsah, (3) Saudah, (4) Sofiyyah, (5) Maimunah dan (6) Ramlah.
(7) Hindun, (8) Zainab demikian juga (9) Juwairiyyah. Mereka adalah ibu-ibu yang diredhai bagi orang-orang yang beriman.
Hamzah adalah bapa saudara Nabi dan ‘Abbas juga bapa saudara Nabi (sebelah ayahanda Baginda), sedangkan ibu saudara Nabi (sebelah ayahanda Baginda) adalah Sofiyyah yang patuh kepada Allah dan RasulNya.
Sebelum Nabi berhijrah, Baginda telah diisra’kan (diperjalankan) pada waktu malam atas kehendak Allah dari Makkah ke Baitul Maqdis yang sama-sama sudah diketahui.
Sesudah Isra’, Baginda dimi’rajkan (naik) ke langit atas kehendak Allah hingga Baginda melihat Tuhannya dan saling berbicara.
Tidak membayangkan bagaimana caranya dengan gambaran yang sempit, Allah mewajibkan kepada Baginda (dan kepada umatnya) kefardhuan solat 5 waktu, setelah sebelumnya difardhukan 50 waktu.
Peristiwa Isra’ itu telah disampaikan kepada umatnya termasuk kewajipan melaksanakan solat 5 waktu tanpa diragukan lagi.
Maka beruntunglah Sayyiduna Abu Bakar Ash-Shiddiq kerana mempercayai Baginda, dan dengan peristiwa Mi’raj dia menyetujui dan membenarkan Baginda.
Inilah aqidah yang ringkas dan mudah yang sesuai bagi orang-orang awam.
Penyusun aqidah ini ialah Ahmad Al-Marzuqi yang berhubungan nasabnya (silsilahnya) dengan Rasulullah.
Segala puji bagi Allah, rahmat dan kejahteraan ke atas Nabi, sebaik-baik insan yang telah mengajar aqidah ini.
Demikian juga ke atas keluarga, sahabat-sahabat dan setiap orang yang memberi petunjuk, dan setiap orang yang telah mengikut petunjuk itu dengan baik.
Saya memohon ke hadhrat Tuhan Yang Maha Pemurah, keikhlasan beramal dan semoga ia bermanfaat bagi orang-orang yang mengamalkannya.
Bilangan bait nazam ini sebanyak 57 bait mengikut bilangan huruf Maizun, dan kiraan ketentuan penanggalannya disesuaikan bilangan huruf Li Hay Ghur iaitu, 30/10/1218 H.
Saya menamakan nazam ini dengan ‘Aqidatal Awam’ yang wajib diyakini dalam urusan agama secara sempurna bagi orang awam, iaitu orang yang baru dalam tahap permulaan belajar.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kesejahteraan ke atas Junjungan kita Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya.